--> KHASIAT MONAVIE

Trend Kesihatan Zaman Sekarang

5 jenis penyakit yang boleh membawa maut dan makin meningkat diserata dunia

        1. Serangan Jantung
        2. Kencing Manis
        3.Darah Tinggi
        4.Kanser
        5. Masaalah Kolestrol Tinggi

Sama ada anda sakit atau sihat sekarang, laman web ini akan memberi maklumat yang cukup berguna untuk kehidupan anda, keluarga dan orang-orang lain disekeliling anda.
Ramai yang berkata bahawa untuk "staying healthy is expensive". Saya syorkan anda cuba jadi sakit tengok? Bagaimana perasaan anda? Kesihatan adalah satu kurniaan atau satu hadiah yang tak ternilai kepada diri kita dan apa yang menghindarkan kita dari sakit ataupun kematian adalah daya ketahanan badan kita atau pun anti oksida didalam badan kita.

Masaalahnya ramai yang tidak memperdulikan langsung tentang tahap kandungan anti oksida didalam badan mereka ataupun kepentingan anti oksida didalam badan mereka. Sebelum ini kita jarang jarang mendengar penyakit saperti kanser,sakit jantung, darah tinggi, AIDS, avian flu dan lain-lain penyakit ganjil yang boleh membawa maut. Disebabkan oleh gaya hidup zaman moden ini yang cukup stress dan cara pemakanan yang tak seimbang dan ditambah dengan pencemaran alam sekitar yang sukar dikawal, maka ramai diantara kita yang sukar untuk menjalani kehidupan yang sihat dan normal dan amat mudah terdedah kepada pelbagai penyakit kronik.


Pengoksidaan adalah proses semula jadi dalam tubuh. Umumnya, tumbuh-tumbuhan akan melepaskan oksigen untuk digunakan oleh manusia. Manakala manusia pula akan melepaskan karbon dioksida untuk digunakan oleh tumbuhan.
Bagaimanapun, gaya hidup dan keadaan persekitaran yang tidak sihat seperti merokok dan pengeluaran asap berlebihan telah menyebabkan tubuh kita cepat kehilangan vitamin penting yang menjadi agen anti-oksida. Hal ini penting untuk memastikan kesihatan sel-sel dalam tubuh.

Sikap tidak gemarkan makan makanan yang berkhasiat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan turut menyumbang kepada masalah kekurangan vitamin yang teruk. Jadi untuk mengatasi kekurangan vitamin ini, penggunaan makanan tambahan atau food supplement adalah penting sebagai agen anti oksida yang menghalang pembentukan radikal bebas yang boleh mendatangkan pelbagai masaalah kesihatan.

Pembentukan radikal bebas ialah kesan sampingan fungsi mitokondria yang tidak dapat dielakkan, tetapi penghasilan ini turut mempengaruhi mutasi mitokondria (pembahagian mitokondria tidak normal)

Mutasi meningkat mengikut peredaran masa, akibat toksin pada persekitaran, radiasi, penyakit berpunca daripada bahan kimia, bahan tambahan di dalam makanan dan kemungkinan tekanan emosi. Apabila mutasi banyak berlaku maka banyaklah DNA mitokondria yang akan rosak, hasilnya menyebabkan kerosakan dan kematian sel. 

Sebelum ini jarang sekali kita mendengar atau melihat kanak-kanak menghidap penyakit kanser atau penyakit jantung. Sekarang ini ramai kanak-kanak yang meninggal dunia akibat masaalah tersebut. Inilah fenomena yang terjadi didunia pada hari ini. Oleh itu untuk mengekalkan kesihatan badan kita ditahap yang maksima, maka pengambilan makanan tambahan yang berkhasiat dan yang mempunyai kadungan anti oksida yang tinggi amatlah disyorkan oleh para doktor dan saintis diseluruh dunia. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 ulasan:

Codah a.k.a Superman said...

BAPAK AKUH MINUM AIR TUH ...AKUH PENAH GAK TRY TANPA AIR ..RASE VODO JEW.....

Post a Comment

Powered by Blogger.

Please Like My Page